TEHRAN: Selepas Israel menyerang Syria mengorbankan 11 jiwa, pegawai angkatan bersenjata Iran tidak sabar mahu menyerang balas rejim zionis itu.

Syria sekutu Iran dan kedua-duanya musuh ketat Israel.

Reuters pada Isnin melaporkan kenyataan Ketua Angkatan Udara Iran Briged Jenderal Aziz Nasirzadeh kepada Kelab Wartawan Muda Iran bahawa: “Kami siap dan sudah tidak sabar untuk berperang dengan rezim Zionis dan menghapus mereka dari muka bumi ini,” katanya.

Jenderal Aziz Nasirzadeh

Ketegangan Israel-Syria dikhuatiri semakin melebar di Asia Barat.

Ketika ini, Presiden Syria Bashar al-Assad meminta bantuan Syiah Iran dan Rusia memerangi kumpulan pemisah terdiri daripada Muslim Sunni.

Rusia melahirkan rasa khuatir dengan sikap Israel yang cuba melahirkan konflik di kawasan berkenaan.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dalam kenyataannya mendakwa mereka menyerang Syria bertujuan melumpuhkan kekuatan Iran dan tentera Syiah Hizbullah dari Lubnan.

Netanyahu berkata, “kami menyerang fasiliti Iran di Syria dan menghancurkan sesiapa saja yang membahayakan kami.” — Sarawakvoice