Saturday, December 3, 2022

Darul Hana bakal ubah wajah seberang sungai bandar Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Peringkat pertama pemindahan penduduk dari kawasan perkampungan Seberang Hilir di sini membabitkan 564 ketua isi rumah ke Darul Hana dijangka berlangsung pada suku pertama 2020.

Menurut Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, apabila pemindahan penduduk selesai, tapak terbabit akan digunakan untuk membangunkan Bandar Baharu Darul Hana.

Projek berkenaan dipercayai akan mengubah wajah kawasan di seberang bandar raya Kuching.

Pembinaan fasa pertama perumahan Darul Hana kini rancak berjalan, meliputi rumah pelbagai bentuk – rumah sebuah, rumah dua tingkat, rumah berkembar dan rumah teres.

Katanya, peringkat pertama pemindahan membabitkan tiga buah kampung, iaitu Kampung Pengelima Seman Lama, Kampung Semarang, dan Kampung Pulo.

“Projek ini dijangka siap pada suku kedua tahun 2020, dan waktu itu pemindahan pertama penduduk kampung ke kawasan baharu akan bermula,”’ jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Projek Pembangunan Darul Hana di Masjid Darul Hana di Petrajaya di sini, semalam.

Projek terbabit dijangka akan mengubah landskap dan pemandangan di seberang bandar raya Kuching.

Projek itu, kata Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai, bermula sejak 2011 dengan pembinaan Masjid Darul Hana.

Jelasnya, Muzium Warisan Darul Hana akan turut dibangunkan.

“Perkara lain yang diberi perhatian ialah aspek rekreasi bagi memberi kemudahan kepada penduduk dan pelancong,” ujarnya lagi. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru