KUCHING: Orang ramai yang ingin mengemukakan pertanyaan dan aduan mengenai perkhidmatan kebajikan, kini boleh berbuat demikian menerusi ‘Helpline Kebajikan’ di talian 082-514141.

Menurut Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, perkhidmatan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kebajikan.

“Helpline Kebajikan akan dijadikan ‘single point of contact’ bagi orang awam mengemukan pertanyaan dan aduan mengenai perkhidmatan kebajikan seperti keganasan rumah tangga, penderaan, masalah juvana/kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), talion kanak-kanak (Childline), orang papa/gelandangan, maklumat umum mengenai Jabatan Kebajikan Masyarakat, kejadian bencana alam, skim bantuan kebajikan, kaunseling dan pengabaian.

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak

“Pegawai dan kakitangan KWKPK diseru untuk meningkatkan nilai integriti dalam menjalankan tugasan yang diamanahkan,” katanya semasa menyampaikan Amanat YB Menteri & Pembentangan Pelan Perancangan Strategik KWKPK 2019 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

Hadir sama Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Wanita, Keluarga & Pembangunan Kanak-Kanak Hajah Rosey binti Haji Yunus, Setiausaha Tetap Kementerian Dr. Saadiah binti Haji Abdul Samat, Pengarah Jabatan Wanita & Keluarga Sarawak Noriah Ahmad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak Joni Norudin dan warga kerja KWKPK.