KUCHING: Kerajaan Sarawak bercadang untuk meningkatkan tarif bekalan elektrik kepada pembekal luar sekaligus dijangka dapat menjana lebih lagi pendapatan negeri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari telah memaklumkan kepada para pelabur luar bahawa kerajaan Sarawak mengenai perancangan berkenaan namun masih disifatkan yang terendah di rantau ini.

Justeru beliau telah meminta pihak SEB untuk menambah lebih banyak turbin supaya lebih banyak lagi tenaga elektrik dijana.

Bagaimanapun pada masa kini, tarif bekalan elektrik yang dibekalkan kepada pelabur masih pada tarif yang sama.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Skim Penempatan Semula Bakun di Kuching petang semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing dan Pengerusi SEB datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

Mengenai perkara lain, Kerajaan Sarawak baru-baru ini meluluskan peruntukkan bagi membina laluan khas yang boleh dilalui oleh orang awam yang ingin melawat Bakun.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah peruntukan terbabit serta bila ia dibina.
Menurutnya lagi laluan khas berkenaan akan memudahkan orang awam melawat kawasan itu serta melihat keindahan tasik Bakun tanpa melalui sebarang pemeriksaan keselamatan.

Ia sekaligus juga akan memudahkan kerajaan Sarawak membuat pembangunan di kawasan tasik itu yang dijangka bakal menjadi tarikan baharu orang awam.