KUALA LUMPUR: Pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) dapat kembali melakukan transaksi perbankan di semua mesin juruwang automatik (ATM) BSN.

BSN berkata, untuk kemudahan pelanggan, perkhidmatan perbankan ATM bank itu dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi esok (22 Januari) dan beroperasi seperti biasa bermula pukul 7 pagi.

“Kami amat menghargai kesabaran anda dan akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik,” kata BSN dalam satu kenyataan.

Sistem perbankan teras BSN mengalami gangguan sejak pukul 6.10 pagi Sabtu lalu sehingga menjejaskan operasi perbankannya di semua cawangan serta saluran perbankan automatik kecuali kemudahan Kad Kredit BSN. — Sarawakvoice