SIBU: Bermula pada gerai di tepi jalan pada tahun 1990 dengan menjual ayam panggang, kini APN Cafe menjadi tarikan kepada pengunjung di Taman Harmoni.

Kini, APN memiliki pelbagai jenis menu untuk dijual kepada pelanggan, dan menjadi tarikan utama kepada APN Cafe tentulah menu tradisi istimewanya iaitu ‘ayam panggang’.

Nama APN merupakan singkatan nama kepada gerai ini sewaktu gerai ini dibuka pada tahun 1990 iaitu ‘Ayam Panggang Noriah’ di mana ibunya yang memulakan  pengusaha perniagaan ini.

Kini , perniagaan ini diusahakan anak-anak kepada Noriah dan kini perniagaan tersebut dijalankan di Taman Harmoni Sibu iaitu di gerai nombor 4 hingga ke gerai nombor 8.

Disamping menu berasaskan ayam panggang, turut menjadi istimewa kepada gerai ini ialah mi udang, sup power dan menu yang berasaskan ketam.

Hasil tinjauan Wartawan SarawakVoice di lokasi, gerai ini tidak putus-putus dikunjungi pelanggan dari semasa ke semasa dan wartawan SarawakVoice juga sempat merasai keenakan nasi ayam panggang di gerai ini.

Ayam Panggangnya begitu enak, dan diperap dengan penuh rempah dan rasanya secukup rasa. Rasa sosnya pula manis dan sesuai dicicah dengan ayam panggang .

Tomyam Sotongnya pula, pedas, isinya padat dan rasanya secukup rasa, iaitu manis , pedas dan masin.

Gerai ini dibuka pada setiap hari bermula pada jam 5 petang sehingga jam 11.30 malam.

Bagi sesiapa yang ingin merasai keenakkan ayam panggang APN, bolehlah datang ke Taman Harmoni Sibu di gerai nombor 4 hingga 8. — Sarawakvoice