KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Bahagian Kuching yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih kekal seramai 133 orang daripada 32 keluarga setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan di sini berkata 32 mangsa daripada sembilan keluarga terjejas ditempatkan di Dewan Sinaran Kampung Sungai Lumut.

Sementara 27 orang daripada lima keluarga pula ditempatkan di Surau Ar Rahman di Kampung Sungai Batu.

Di daerah Lundu, 42 orang daripada 11 keluarga masih ditempatkan di Balai Raya Kampung Paon, Lundu dan 32 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan SK Sebat di Sematan, Lundu. — BERNAMA