Salam sejahtera dan salam Ibu-Pertiwiku.

Sebelum meneruskan majlis ini, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun kepada para hadirin yang hadir di majlis ini,

Burung terbang di awan tinggi,

Sambil berkecipan siang hari,

Kehadiran kalian amat dihargai,

Moga majlis penuh diberkati.

Setelah kita mengalami masa bersejarah yang belum pernah kita alami selama ini, kekalahan dan kejatuhan kerajaan pusat dalam sekelip mata hasil daripada hasrat dan keinginan rakyat secara drastic, mahukan satu perubahan total terhadap landskap politik negara, sekali gus juga memberi advantage kepada rakyat Sarawak memulakan suatu gabungan dan gerakan baru untuk negeri yang kita kasihi.

Sebagai rakyat Sarawak, kita amat berbangga kerana pada tanggal 12 Jun 2018, sebuah gabungan yang dinamakan Gabungan Parti Sarawak telah diasaskan yang disertai oleh 4 komponen parti utama di negeri Sarawak iaitu PBB, PDP, SUPP dan PRS.

Perubahan besar juga turut berlaku melibatkan polisi-polisi yang telah dirancang sebelum ini.  Keadaan yang berlaku sekarang amat menuntut kita, GPS perlu membuat satu jalinan yang lebih erat dengan pimpinan baru Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negeri Sarawak seperti yang diperuntukkan di dalam MA 63. The present federal government must undertake to fulfill whatever they have promised in their manifesto.

Saya amat berharap GPS yang dipimpin oleh YAB KM kini akan lebih kuat dalam menyuarakan keperihatinan kita, memastikan semua komuniti Sarawak mempunyai akses kepada infrastruktur dan kemudahan-kemudahan asas serta dapat meningkatkan kemahiran dan modal insan sebagai jaminan untuk rakyat Sarawak mampu untuk menaikkan taraf pendapatan isi rumah rakyat Sarawak.

Saya juga ingin mencadangkan kepada YAB supaya GPS dapat menyatakan permohonan kita secara tegas terhadap kerajaan Persekutuan untuk mereka menambahkan peruntukan pembangunan negeri Sarawak bagi membenarkan kerajaan negeri dapat menaiktaraf dengan segera infrastruktur luar bandar di negeri kita. Sekarang grassroots mempersoalkan apa yang dibuat oleh menteri-menteri kita since we have such a daring and aggressive Chief Minister, kerana itulah menteri-menteri harus turut sama aggressive seperti KM turun padang and mendengar suara akar umbi dan jangan jadi Kongkalikong. We have to be in line with the speed of our respected YAB CM.

Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun untuk YAB,

Untuk santapan bersama keluarga,

Tambahkan lada santan sedulang,

Rela berkorban apa sahaja,

Asalkan Sarawak makmur gemilang.

Sarawak merupakan sebuah negeri dengan keluasan tanahnya sebanyak 38% dari keseluruhan keluasan negara Malaysia. Terlalu banyak hasil bumi yang diberi oleh Tuhan kepada negeri kita. Namun, jujur saya katakan, we are still far behind in all aspect. Masih banyak yang perlu kita lakukan untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk setempat terutama di luar bandar. By hook or by crook, we have to ensure GPS will find the best ways and means to upgrade the people’s life especially in rural area and make Sarawak a better state.

Let me frankly tell you, you are so daring in making firm decisions on certain matters although it may go against the federal government. Sir, you have made it happen for example, projek pembinaan 3 buah jambatan di negeri Sarawak serta pembinaan jalan dan projek-projek lain, walaupun bajet tersebut ditarik balik oleh Kerajaan Persekutuan terdahulu. Begitu juga dengan projek pembekalan elektrik dan air berkualiti kepada penduduk luar bandar yang tetap diteruskan tanpa menggunakan dana dari Kerajaan Persekutuan dan 100% peruntukan Kerajaan Negeri Sarawak. 

YAB, anak-anak Sarawak termasuk seluruh warga PDP amat berbangga dengan keputusan yang telah diambil oleh YAB dalam mengenakan cukai jualan sebanyak 5% kepada PETRONAS ke atas hasil oil and gas yang diambil dari negeri kita. Selama ini, anak Sarawak tidak menikmati keuntungan sewajarnya hasil dari aktiviti pengeluaran oil and gas extraction di negeri kita. APA YANG KITA DAPAT WALAU UNTUNG BERBILLION DIBUAT OLEH PETRONAS HASIL DARI NEGERI KITA?

Langkah YAB KM dalam mengenakan cukai jualan 5% ini hanya akan mengurangkan keuntungan PETRONAS tetapi bakal memberi keuntungan yang lebih baik kepada rakyat Sarawak. YAB, kalaulah kerajaan persekutuan masih susah nak tolong kita selepas perbincangan, apa salahnya kita naikkan sales tax kepada 10% pada tahun hadapan bagi membantu pembangunan negeri Sarawak dengan lebih cepat. YAB, nasib dan hala tuju rakyat Sarawak terletak di tangan kita sendiri.

Izinkan sekali lagi untuk saya menyampaikan serangkap pantun sebelum mengakhiri majlis ini,

Senjata tajam menghunus berani,

Panah beracun tidak diundang,

Kerana semangat gagah berani,

Perjuangan benar terus dijulang.

Akhir sekali, saya bagi pihak PDP, menyatakan sokongan sepenuhnya kami kepada YAB. Kami sentiasa berada di belakang YAB dalam apa jua keadaan. Kita akan tetap berpegang kepada asas penubuhan GPS, iaitu memelihara kepentingan dan hak rakyat dan negeri Sarawak. We have the full control to create a better Sarawak. Kami akan sentiasa mendoakan YAB diberi kekuatan dan kesihatan yang baik dalam mentadbir negeri Sarawak ke tahap yang lebih cemerlang.

God bless YAB CM, God bless the people of Sarawak.

HIDUP GPS

HIDUP SARAWAK

Sekian, terima kasih.