KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing menggesa 2.8 juta rakyat Sarawak agar bersatu padu mempertahankan dan memperjuangkan hak Sarawak.

Berucap di majlis pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada malam Sabtu, Masing berkata: “Marilah kita berdiri dan berjuang bagi hak milik kita.”

Beliau  yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, cukuplah sudah dengan layanan selama 55 thaun oleh warga Malaya.

“Kita bukan jajahan orang Malaya,” tegasnya.

Beliau berkata, Sarawak mempunyai Perjanjian Malaysia 1963 untuk melindungi kedaulatannya.

“Kita ada DUN untuk menjaga kepentingan kita, tidak kira apa-apa pun undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di Malaya.

Jika DUN Sarawak tidak menyokongnya, ia akan terbatal; dan tidak sah bagi Sarawak,” jelasnya dalam ucapan di majlis pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Stadium Perpaduan di Petrajaya di sini pada malam Sabtu.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Majlis gilang-gemilang dan meriah, serta bersejarah dan signifikan itu dihadiri sekitar 7,000 orang.

Masing berkata, Sarawak ditadbir oleh para pemimpin yang memiliki kewaibawaan dan pengalaman luas, dan bersedia untuk mempertahankan hak Sarawak. — Sarawakvoice