KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu mengumumkan keahlian parti itu di seluruh negara kini mencecah lebih 100,000 orang berbanding sekitar 80,000 ahli sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

Menurut Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertahanan, Disember lepas Amanah menerima penyertaan jumlah ahli ramai dari Kelantan sekitar 5,000 orang, dengan 40 peratus daripada mereka terdiri daripada ahli Pas.

Bercakap selepas merasmikan Pusat Servis Honda Impian X di Kepala Batas pada Ahad, Mohamad Sabu menyifatkan walaupun Amanah baru berusia tiga tahun, pertambahan kemasukan ahli adalah memberangsangkan.

Mohamad dalam kenyataannya berkata, Amanah tetap mempertahankan dasar kekal bersama Islam serta bersifat inklusif menyebabkan ia semakin diyakini dan terus mendapat sokongan rakyat.

Menurut beliau, usaha dilipat ganda bagi meningkatkan keahlian Amanah. — Sarawakvoice