KUCHING: Lautan tentera putih di Stadium Perpaduan Petra Jaya malam semalam memberi isyarat nyata bahawa parti itu akan terus mendapat sokongan rakyat Sarawak.

Tinjauan sarawakvoice.com mendapati mereka yang hadir melimpah hingga ke luar stadium.

Lebih 1,500 ahli parti hampa kecewa kerana tidak dapat memasuki stadium, namun tetap berada di luar bagi membuktikan sokongan.

“Saya yakin, jika tidak kerana ribut dan banjir yang berlaku di sekitar Kuching, termasuk di kawasan kompleks sukan tersebut, pasti lebih ramai akan hadir,” kata seorang peserta yang ditemui.

Lebih tujuh ribu bersesak di dalam stadium ketika menyambut ketibaan Pengerusi GPS, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, dan mereka berada di situ sejak jam 5.30 petang lagi.

Biarpun hujan, majlis berlangsung dengan cukup meriah, dengan kebanyakan hadirin penuh semangat mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu GPS. –Sarawakvoice