KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan semangat Team Tok Nan demi kelangsungan pembangunan Sarawak.
Perkara itu ditegaskan Presidennya, Datuk Patinggi Abang Johari semasa menyampaikan amamat ketika Majlis Pelancaran Rasmi GPS di Stadium Perpaduan, sebentar tadi.
Katanya, perjuangan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem akan diteruskan GPS yang dibawah pimpinan Abang Johari bersama rakan-rakan.
“Walaupun Tok Nan sudah pergi awal, tetapi semangat Team Tok Nan masih ada dan kita akan teruskan,” katanya.
GPS merupakan entiti yang akan memastikan masa depan Sarawak terus terjamin.
Dengan prinsip Utamakan Sarawak, ia dilihat sebagai objektif utama dalam perjuangan GPS yang dibarisi empat parti komponen iaitu, PBB, PRS, SUPP dan PDP.
Sarawak hanya mahukan hak-haknya di dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan dihormati.
Tidak lebih dan tidak kurang kata, Abang Johari. –Sarawakvoice