KOTA SAMARAHAN: Parti-parti komponen di dalam Gabungan Parti Sarawak GPS dikehendaki untuk bekerja keras terutamanya dalam memberi penerangan kepada seluruh warga Sarawak.

Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang berkata, GPS merupakan identiti sebenar Sarawak yang menjaga kepentingan rakyat Sarawak.

Tambahnya, warga Sarawak harus faham mengenai pembentukan GPS yang bertujuan untuk menjaga kepentingan Sarawak agar sentiasa terpelihara.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya pada Majlis Penyerahan Bendera Jelajah Bendera GPS di sini.

Beliau turut menyatakan rasa bersyukurnya ekoran sambutan yang amat menggalakkan terhadap GPS di setiap 12 bahagian hentian rombongan jelajah.

Kota Samarahan merupakan hentian terakhir Jelajah Bendera GPS yang telah bermula dari Lawas pada 11 Januari lepas.