KUALA LUMPUR: Minggu lepas harga runcit petrol RON95 turun 1 sen kepada RM1.92 seliter dan RON97 berharga RM2.22 seliter.

Manakala diesel berharga RM2.11 seliter.

Kerajaan mengumumkan bermula 5 Januari lepas, harga runcit petroleum secara mingguan dilaksanakan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Untuk harga terbaharu diumumkan hari ini berkuat kuasa tengah malam ini, menyaksikan harga bahan bakar itu naik 6 sen, menjadikan RON95 berharga RM1.98 seliter dan RON97 berharga RM2.28 seliter.

Manakala, harga diesel turut naik enam sen kepada RM2.17 seliter bermula tengah malam ini hingga 25 Januari.

Kenyataan kementerian kewangan menyebut: “Kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada AS$60 setong kepada AS$63 setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$68 setong kepada AS$72 setong bagi diesel.” — Sarawakvoice