Tuesday, December 6, 2022

PH perlu segera selesaikan isu babitkan MA63

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan persekutuan di bawah Pakatan Harapan (PH) perlu segera menyelesaikan isu membabitkan tuntutan Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, rakyat Sarawak sudah bosan dengan alasan yang diberikan kerajaan persekutuan melibatkan tuntutan tersebut.

Malah menurutnya, penubuhan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membuktikan Sarawak serius menuntut hak Sarawak bagi membolehkan pembangunan negeri dijalankan lebih efisien.

Tambahnya, Sarawak kini tidak lagi terkongkong dengan rakan sekutu dari Semenanjung Malaysia selepas 55 tahun bersama.

Jelasnya, dengan kebebasan itu, mudah untuk kerajaan Sarawak di bawah GPS membuat keputusan dan menuntut hak Sarawak.

Dr Sim berkata, anak Sarawak tidak mahu hanya menjadi pemerhati kepada pembangunan pesat yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata demikian pada Jelajah Bendera GPS di Dewan Perpaduan RPR Batu Kawah malam ini.

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof melahirkan keyakinan hak Sarawak akan lebih terjaga di bawah GPS.

Sehubungan itu beliau menggesa setiap parti komponen GPS berjuang tanpa henti dan menyatukan hati rakyat Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru