FALSAFAH Pendidikan Kebangsaan (FPK) berjaya selama ini memainkan peranan merealisasikan hala tuju pendidikan negara.

Kita amat yakin FPK terus menjadi tonggak rujukan para pendidik abad 21 sebagai kerangka dalam pembangunan pendidikan kita yang pelbagai kelompok dan komuniti majmuk secara tuntas dan holistik.

Generasi muda hari ini perlu dididik dan dibangunkan bagi mengenali serta memahami diri mereka, keluarga, masyarakat dan negara mengikut acuan kita masa kini dan masa depan

Para pendidik amat wajar menghayati FPK secara bersepadu bagi membina asas peradaban baru Malaysia abad ke-21.

Ini bersesuaian dengan kepantasan perkembangan era digital teknologi canggih memerlukan para pendidik pelbagai peringkat mengintegrasikan dan menyumbang dalam mengadun usaha pembentukan kurikulum, pedagogi yang berhikmah dan berfikrah secara mendalam serta pentaksiran yang holistik dan kokurikulum yang bermakna untuk anak didik dalam dunia yang sebenar.

Gambar hiasan/ Foto: Bnernama

Keseimbangan antara nilai dan ilmu pengetahuan menjadi kekuatan dalam proses para pendidik membangunkan potensi murid generasi baru.

Hal ini berkaitan bagi menginsankan insan, maka para pendidik perlu menghayati dan menjiwai bidang pendidikan dengan mutiara kata guru berjiwa pendidik.

Pendidik sebagai pejuang kecemerlangan yang hakiki membangunkan murid bukan sekadar dalam subjeknya semata-mata malah merentasi nilai, adab dan akhlak yang bermakna dalam realiti masa kini dan masa depan

Bagi menjadi pendidik unggul abad 21 yang berpegang teguh dengan prinsip kecemerlangan maka para pendidik insan pelajar pastinya budaya ilmu dengan pembelajaran sepanjang hayat menjadi matlamat pendidik hebat abad 21.

Kemahiran dan ilmu pendidik sentiasa kontemporari mendahului zaman.

Murid dan pelajar pada hari ini juga perlu bimbingan pendidik berterusan menjadi pemangkin kepada meraka menyelesaikan masalah dengan penuh daya fikir aras tinggi yang melibatkan penaakulan serta kreatif dan inovatif dengan mengguna pakai “New Pedagogy Deep Learning” (NLDP)

Pendidik pada zaman ini turut perlu bertindak melaksanakan tuntutan pembangunan penyelidikan secara berfokus gabungan antara data besar dan data kecil.

Ia bertujuan bagi berkongsi menghasilkan kajian yang bermakna dalam usaha menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran serta pemudahcaraan yang berkesan.

Semoga para pendidik abad ini dapat bergerak dan berjuang membangun dan membentuk insan pelajar yang mempunyai karektor dan sahsiah yang unggul.

Pada masa yang sama mereka terus berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan serta nilai murni yang digabungkan dengan ilmu dan kemahiran abad 21. –Sarawakvoice