Monday, June 27, 2022

Lelaki maut selepas terpelanting 10 meter, dirempuh ketika lintas jalan berhampiran Jambatan Satok

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan berhampiran Jambatan Tun Abdul Rahman Yaakub di sini pagi ini.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 pagi dan dipercayai mangsa terpelanting lebih 10 meter akibat rempuhan yang berlaku.

Mangsa maut di tempat kejadian manakala kenderaan Perodua Myvi yang terlibat dalam pelanggaran kemek teruk.

Kejadian menyebabkan kesesakan teruk dari hala Petra Jaya menuju Satok, disebabkan insiden berlaku pada waktu puncak, ketika ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah serta turun ke pejabat.

Difahamkan sepasukan anggota trafik telah tiba di lokasi untuk memulakan siasatan.

Identiti mangsa masih belum dikenal pasti. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru