KUCHING: Selain Rally Jelajah GPS 2019 yang kini berada di peringkat akhir, promosi Majlis Pelancaran Gabungan Parti Sarawak mula kelihatan di sekitar bandar raya ini.

Selain billboard, promosi juga dilihat pada gegantung dan kain rentang di sekitar bandar raya tersebut.

Turut disebarkan ialah klip video sempena pelancaran.

Difahamkan persiapan di lokasi pelancaran di Stadium Perpaduan Petra Jaya juga giat dilaksanakan dan kini memasuki pusingan akhir.

Pelancaran oleh Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu akan berlangsung pada jam 7.30 malam, Sabtu ini. –Sarawakvoice