Sunday, September 25, 2022

Segala janji yang telah dijanjikan, akan ditunaikan — Uggah

Secara Rawak

BETONG: Gabungan Parti Sarawak GPS tidak akan terpalit dengan imej sebuah gabungan yang mengamalkan politik retorik di mana segala janji yang telah dijanjikan, akan ditunaikan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, tidak seperti parti-parti lain yang gagal dalam menunaikan janji, GPS akan sentiasa berusaha kuat demi kesejahteraan warga Sarawak di samping menjaga hak Sarawak.

Tambahnya, logo GPS itu sendiri yang menggambarkan Burung Kenyalang, melambangkan perpaduan, dan perjuangan ke arah memberikan keutamaan kepada Sarawak.


Menurutnya lagi, GPS juga mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan masalah dan terus membawa lebih banyak program pembangunan setanding negeri lain di Malaysia.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya pada Majlis Penyerahan Bendera GPS di sini malam tadi.

Beliau turut menggesa ahli GPS untuk terus memberi penerangan kepada rakyat terutama melibatkan logo dan perjuangan GPS yang mengutamakan Sarawak.


Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru