Thursday, September 29, 2022

Perhimpunan MA63 Sabtu ini, semua dijemput hadir

Secara Rawak


KUCHING: Seluruh rakyat sarawak dijemput bagi menghadiri satu perhimpunan aman solidariti mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada jam 19 Januari ini.

Menurut Pengerusi Kelab Kesetian Sarawak yang juga merupakan penganjur perhimpunan itu Abdul Halim Hamdian, perhimpunan yang diadakan pada jam 3 petang itu bertujuan meningkatkan kesedaran kepada rakyat Sarawak betapa pentingnya hak-hak Sarawak di dalam penubuhan Malaysia.

Tambahnya program itu juga merupakan inisiatif dan salah satu usaha bagi menyampaikan mesej kepada Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan bahawa segala hak-hak Sarawak yang terhakis wajar dipulih dan dikembalikan.

Program tersebut yang dianggarkan disertai oleh lebih 1000 orang peserta dari seluruh Sarawak akan diadakan di Padang Merdeka Kuching.

Perhimpunan berkenaan akan dikendalikan oleh beberapa jurucakap termasuk pengerusi kelab itu sendiri serta ahli-ahli yang lain dengan memberi ucapan berkisarkan dengan perkara MA63.

Peserta disarankan untuk tidak memakir kenderaan sesuka hati dan disarankan memakir kenderaan di Bangunan Saujana, Padang Pasir, Plaza Merdeka, Merdeka Palace, dan Dewan Suarah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru