Monday, June 27, 2022

CCTV rakam hantu anak kunjungi dapur rumah ibunya

Secara Rawak

GEORGIA: Jennifer Hodge, 57, ejen hartanah di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat, menonton televisyen bersama-sama anak perempuannya, Lauren, 21.

Dia baharu sahaja hendak melelapkan matanya ketika dikejutkan notifikasi telefon yang tersambung pada kamera litar tertutup (CCTV — yang terletak di antara kedua-duanya, memberitahu “ada orang di dapur”.

“Dia berkata ‘Ibu, lihat, ia kelihatan seperti Robbie’. Saya terkejut,” kata Jennifer mengajuk Lauren.

“Dia kelihatan seperti dia – janggut dan semua,” ujar Lauren.

CCTV tersebut ternyata berjaya merakam kelibat hantu anak lelakinya — Robbie, 23, yang meninggal dunia dua tahun lepas pada November 2016, kerana terlebih dos dadah — di ruang dapur ketika ia berjaya mengesan entiti melalui alat pengesan kamera tersebut.

Imej sangat jelas menunjukkan seorang lelaki dengan pajama putih berada di dapur.

Jennifer dan Lauren berlari ke dapur dan mendapati tiada kesan rumah tersebut dipecah masuk.

Jennifer mengaku, dia bersama anaknya Robbie pernah membuat kebajikan sebelum dia meninggal dunia, dua tahun lepas.

“Kami mengubah perniagaan hartanah kepada aktiviti menyelamatkan nyawa dan menghentikan ketagihannya terhadap dadah,” ujar Jennifer seperti dilaporkan Mirror UK.

Menurutnya Robbie anak yang hebat. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru