KAPIT: Gabungan Parti Sarawak GPS merupakan gabungan yang memahami segala kemahuan yang ingin dikecapi rakyat Sarawak.

ADUN Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat berkata, bersama GPS, masa depan Sarawak ke arah kesejahteraan boleh dicapai.

Sehubungan itu, beliau menyeru warga Kapit untuk terus kekal bersama GPS, dan terus menyokong usaha kerajaan di dalam mempertahankan hak Sarawak.

Tegasnya lagi, meskipun terdapat komen yang mengatakan bahawa GPS umpama tuak lama berbotol baharu, GPS akan tetap meneruskan perjuangannya membawa Sarawak ke taraf yang lebih tinggi.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya pada Majlis Penyerahan Bendera Jelajah Bendera GPS di Rumah Panjang Edison Bugap, Sungai Melekun malam ini.

Terdahulu, ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang berkata, hanya warga Sarawak sendiri yang selayaknya menentukan hala tuju Sarawak.

Tambahnya, parti luar perlu ditolak kerana rakyat Sarawak kini mempunyai parti pimpinan anak tempatan yang mempunyai perjuangan jelas mempertahankan hak Sarawak.