MIRI: Empat jambatan penting yang merentangi  empat batang sungai yang dibina di Sarawak akan menghubungkan jalan pesisir dan seterusnya memberi kemudahan kepada rakyat.

Selain itu, menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg, jambatan berkenaan akan membuka kawasan baharu di Sarawak yang akan membuka kawasan pertanian dan kediaman.

“Jambatan berkenaan penting kerana menghubungkan jalan pesisir,” jelasnya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Peringkat Negeri di sini, semalam.

Jambatan berkenaan ialah Jambatan Batang Lupar, Jambatan Lassa, Jambatan Rambungan dan Jambatan Kemena.

Abang Johari turut menyatakan kebanggaannya atas kejayaan kementerian di Sarawak melaksanakan 324 projek membabitkan peruntukan RM6.42 bilion yang mendatangkan dampak besar kepada rakyat Sarawak. — Sarawakvoice