KUCHING: Pengumuman diviralkan di media sosial pada Sabtu lepas berkaitan kehilangan beg duit individu yang menziarahi pusara Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan Hj Satem atau Tok Nan.

Di Facebook Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu Lundu, pengumuman berbunyi: “Tolong viral… Pui Ping Ping dari Kuching yang menziarahi kubur Tok Nan semalam telah tertinggal beg duit di atas pagar kubur itu dan beg itu telah hilang. Diharap sesiapa yang terjumpa beg itu dapat memulangkan beg itu dengan menelefon no 013 927xxxx”.

Individu bernama Ping-Ping dalam responsnya kepada makluman tersebut menulis: “Ribuan terima kasih kepada pemuda yang baik hati hantar beg saya yang tertinggal kat pagar kubur Tok Nan kepada saya dan semua anak Sarawak yang tolong viralkan di laman Facebook dan WhatsApp, tentang berita beg saya yang tertinggal.

“Pemuda terjumpa beg saya yang tertinggal tok terus ikut alamat kad pengenalan dalam beg cari rumah saya untuk balikkan beg, pemuda menggunakan masa yang agak panjang masih sik dapat cari rumah saya dan terus pergi balai polis mjc minta polis tolong, dan pemuda kat balai tunggu saya sampai kuanter balai mjc, sendiri terus kasih beg kepada saya,” tulis Ping-Ping.

Dalam maklumannya, Ping-Ping berkata, semua barang dalam beg termasuk duit, kad pengenalan, lesen memandu dan kad bank semuanya masih berada di dalam beg berkenaan.

“Semoga pemuda dan keluarga sihat dan sekali lagi ribuan terima kasih kepada semua anak Sarawak,” ucap Ping-Ping.

Ramai warga Sarawak menziarahi pusara Tok Nan menjelang dua tahun pemergiannya 11 Januari lepas di Tanah Perkuburan Samariang, Petra Jaya.

Pada 11 Januari 2016, Allahyarham Tok Nan “memahatkan” kesedihan di hati rakyatnya — meninggal dunia pada usia 72 tahun akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan, 1.30 petang.

Allahyarham Tok Nan dimasukkan ke Pusat Jantung HUS selepas mengadu mengalami keletihan melampau dan kesukaran bernafas.

Pemergian Adenan diganti oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang kini diraikan ulang tahun keduanya beliau mentadbir Sarawak. — Sarawakvoice