SIBU: 20 pasukan akan bertanding untuk merebut gelaran juara ‘Sarawak Central Zone Soccer League’ bulan hadapan.

Menurut kenyataan yang diterima, liga tersebut akan bermula pada 16 Februari ini dan dijangka berakhir pada 28 Julai tahun ini juga. Setiap pasukan yang menyertai hanya akan bermain di hujung minggu.

Bagi sesiapa yang berminat, yuran bayaran adalah sebanyak RM500 dan akan diberikan set jersey percuma setiap pasukan yang menyertai liga ini.

Untuk hadiah, Juara liga akan mendapat RM 15000, naib Johan akan mendapat RM5000 dan tempat ketiga mendapat hadiah sebanyak RM2000 serta tempat keempat pula akan mendapat hadiah sebanyak RM 1000.

Hadiah samping menanti pemenang anugerah Golden boot dimana akan membawa pulang RM1000 manakala pemenang Golden hand pula juga akan membawa pulang RM1000.

Piala-piala untuk liga ini merupakan sumbangan daripada H2 sport. Bagi sesiapa yang berminat , borang boleh didapati dari Pusat Khidmat DUN N55 Nangka atau boleh menghubungi Fendy (019833352),Halel(0138117850) dan Junaidi(0138122408)

Tarikh tutup penyertaan pada 7 Februari dan mesyuarat antara pengurus akan diadakan pada 10 Februari pada jam 4.30 di Pusat Khidmat Dun N55 Nangka.

Semua penyertaan ini adalah “First come first serve”. — Sarawakvoice