BINTULU: Usaha bekas Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem di dalam menuntut hak Sarawak yang terhakis adalah menjadi fokus utama Gabungan Parti Sarawak GPS.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg berkata, GPS yang bergerak sebagai entiti bebas membolehkan kerajaan Sarawak mengusahakan perancangan tanpa bergantung kepada pihak luar.

Beliau menambah, usaha membangunkan Sarawak selepas ini akan berjalan lebih lancar tanpa gangguan sekaligus memberikan kehidupan aman damai dan harmoni kepada rakyat.

Kredit Foto: TV Sarawak

Tambahnya, kerajaan Sarawak akan berusaha meningkatkan taraf kehidupan rakyat kepada tahap lebih baik.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bendera GPS di Dewan Suarah Bintulu hari ini.

Sementara itu, Presiden Parti Demokratik Progresif PDP Dato Sri Tiong King Sing berkata, GPS merupakan gagasan politik yang menentukan masa depan rakyat Sarawak.

Sehubungan itu tegasnya, setiap rakyat Sarawak harus memberi sokongan tanpa padu kepada GPS demi masa depan lebih baik.