Sunday, November 27, 2022

Warga emas bernasib baik selamat daripada kereta yang terbakar

Secara Rawak

SERIAN: Seorang warga emas selamat keluar daripada kenderaan yang dinaikinya sebelum kenderaan terbabit terbakar.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian, Sim Mun Chai berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 1.12 petang tadi.

“Sejurus menerima panggilan tersebut, sebuah FRT dan ambulans EMRS dengan kekuatan sembilan anggota diatur gerak menuju ke lokasi kejadian.

“Difahamkan, kejadian berlaku di Jalan Bukit Rasau apabila kenderaan yang dinaiki oleh sepasang suami isteri bertembung dari arah bertentangan.

“Bagaimanapun, pemandu lelaki berusia 61 tahun itu sempat keluar dari kenderaan sebelum ia musnah dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius,”jelasnya.

Sementara itu, pasangan suami isteri yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang masing-masing berusia 48 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Kata Sim, mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh Unit EMRS Bomba.

“Kebakaran tersebut berjaya dipadam sepenuhnya oleh pihak bomba dan punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

“Operasi tamat sekitar jam 1.32 petang tadi,”ujarnya. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru