KUCHING: Bermulanya era baharu politik Sarawak.

Itulah pandangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Hazland Abang Hipni ketika mengulas tentang majlis menperkenalkan logo dan lagu Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Rabu oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tun Abang Haji Openg.

Lagu GPS bertajuk ‘GPS Utamakan Sarawak’ digubah oleh Narawi Rashidi.

Majlis pelancaran GPS yang menandakan peristiwa bersejarah akan diadakan malam Sabtu ini dan bakal dilancarkan oleh Ketua Menteri.

Kata Hazland dalam satu kenyataan, GPS merupakan wadah politik yang memperjuangkan hak Sarawak sesuai dengan motonya ‘Utamakan Sarawak’.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Demak Laut berkata, rakyat Sarawak perlu memberi sokongan kepada gabungan berkenaan.

Katanya, bagi memastikan GPS relevan, para pemimpinnya perlu berubah dengan mengurangkan protokol. — Sarawakvoice