Tuesday, June 28, 2022

Baiki kapal: Dua maut, lima tidak sedarkan diri terhidu gas beracun di Sibu

Secara Rawak

SIBU: Sekurang-kuranya dua maut manakala lima lagi tidak sedarkan diri dipercayai terhidu gas beracun ketika membaiki bahagian kapal dalam insiden yang berlaku di sini, pada Rabu.

Dua mangsa yang maut merupakan warganegara Bangladesh, dikenal pasti sebagai Aktar dan Maznur.

Bagaimanapun lima rakan sekerja yang lain pengsan dipercayai akibat terhidu gas beracun.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.28 petang sebelum pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bergerak ke lokasi.

Setiba di tempat kejadian, didapati tujuh pekerja warga asing terperangkap di bahagian bawah kapal tersebut.

Foto: Media sosial

Malah kesemua pekerja terbabit dilaporkan telah pengsan.

Operasi menyelamat dilakukan dengan menggunakan bantuan alat pernafasan dan tali untuk turun dan menjumpai mangsa yang pengsan.

Kesemua mangsa berjaya dinaikkan ke bahagian atas kapal pada pukul 7.40 malam dan dibawa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut.

Difahamkan kerja-kerja membaiki di bahagian bawah kapal tersebut turut melibat pekerja warganegara Indonesia.

Namun kesemua mereka terselamat dan sedar. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru