Monday, November 28, 2022

Tiga individu muat turun status hina Agong ditahan

Secara Rawak

KUCHING: Tiga individu yang juga pemilik akaun Facebook dan Twitter yang menghina Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang Di-pertuan Agong XV telah ditahan polis hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan berkata, tiga individu itu ditahan pada 8 Januari lepas bagi membantu siasatan.

“Ketiga-tiganya adalah Eric Liew Chee Ling, Azham Akhtar Abdullah dan Nur Alia Astaman telah memuat turun status berunsur provakasi dan menghina institusi diraja negara ini.

“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Orang ramai dinasihatkan menggunakan medium laman sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bersifat provoaktif atau memanipulasi isu peletakan jawatan Yang Di-pertuan Agong XV sehingga mampu menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negara ini. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru