WASHINGTON: Berlaku pertempuran terbaharu antara tentera Myanmar dan Tentera Arakan di Rakhine.
Menurut laporan berita rasmi Turki, Anadolu yang memetik kenyataan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, setakat 7 Januari lebih 4,500 penduduk kampung terkesan ekoran pertempuran terbaharu itu.
Laporan menyebut, pergerakan tentera dan pertempuran berlanjutan sejak beberapa hari lepas susulan serangan pemberontak ke atas balai polis di Buthidaung 4 Januari lepas.
Tentera Arakan menuntut autonomi lebih besar bagi Rakhine yang mempunyai penduduk majoriti penganut Buddha. — Sarawakvoice