Monday, June 27, 2022

Logo GPS dengan imej S seumpama burung kenyalang bawa tuah kepada Voon Chern Jyh

Secara Rawak

KUCHING: Imej grafik “S” yang membawa konotasi ‘kepentingan Sarawak diutamakan’, dengan bentuk seekor burung kenyalang membawa tuah kepada pelajar Voon Chern Jyh untuk dinobatkan sebagai pemenang pertandingan mereka bentuk logo Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau membawa pulang habuan RM10,000 dengan logo berwarna merah dan hitam itu menjadi sebahagian daripada sejarah penting penubuhan komponen parti politik baharu Sarawak.

Chern Jyg menewaskan lebih 2000 penyertaan lain, dalam pertandingan yang dibuka kepada umum pada pertengahan tahun lalu.

Pemenang tempat kedua untuk pertandingan ini ialah Denna Ance Bunas manakala Noor Shizarin Isnin di tempat ketiga, yang membawa pulang tunai RM5,000 dan RM3,000 masing-masing.

Lima pemenang sagu hati yang menerima RM1,000 ialah Brendan Hoh Chuan Lung; Sahrein Maloh; Lee Ren Wei; Abdur Rahman Abdul Rahim dan Sharifah Ayauyah Wan Abdul Rahman.

Pengenalan logo dan penyampaian hadiah dilakukan di lobi Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu di sini sebentar tadi dan disempurnakan oleh Pengerusi GPS yang juga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Turut diperkenal lagu rasmi GPS iaitu “GPS – Utamakan Sarawak”, yang dihasilkan oleh Narawi Rashidi.

GPS yang pendaftarannya diluluskan baru-baru ini kini menjulang slogan “Utamakan Sarawak” atau dalam bahasa Inggeris, ” Sarawak First”.

Ia mengandungi parti komponen sepeeti PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP); Parti Rakyat Sarawak (PRS); dan Parti Demokratik Progresif (PDP). — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru