KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, Transit Aliran Massa (MRT) 3 wajar diteruskan agar pengangkutan awam kita bertaraf antarabangsa.

Najib yang mengulas isu ini ketika memantau projek River Of Life Kuala Lumpur di Bluepool Masjid Jamek.

Najib berkata, ” Kuala Lumpur memerlukan infrastruktur bertaraf dunia seperti MRT 1 dimana pembinaannya bertaraf dunia. Jikalau kita guna LRT, LRT merupakan teknologi 25 tahun ke belakang. Kita mahu menjadi bertaraf antarabangsa.”

“Jikalau kita tidak bina pengangkutan awam bertaraf dunia, Kuala Lumpur akan padat, rakyat akan menunggu tiga ke empat jam sehari diatas jalan raya ,” jelas Najib.

“Apabila berlaku keadaan sebegini, ia disebabkan kesesakan lalulintas ya g dialami penduduk Kuala Lumpur dan ia sekaligus menyebabkan kehilangan produktiviti untuk negara, ” jelas Bekas Menteri Kewangan itu.

Ujar Najib lagi, “MRT3 perlu dibuat sekarang, kalau tidak, kosnya akan semakin meningkat.”

MRT 1 merupakan laluan dari Sungai Buloh ke Kajang dan mula dirasmikan oleh beliau sendiri pada tahun 2017. Kos pembinaan MRT1 ialah RM21 billion dimana panjangnya ialah 51 kilometer .

MRT 2 laluan daripada Sungai Buloh ke Putra Jaya tidak dapat disiapkan sebelum Pilihan Raya Ke 14 dan dijangka siap pada 2022 dan panjangnya ialah 52 kilometer dan kosnya menelan sebanyak RM31 billion.

MRT 3 tidak sempat disiapkan berikutan pertukaran kerajaan di peringkat pusat . Menteri Pengangkutan , Anthony Loke berkata, projek MRT 3 ditangguhkan berikutan membantu mengurangkan beban hutang kerajaan pusat.

Ujar Anthony, ” kos pembinaan untuk MRT3 ialah dijangka mencecah RM50 billion dan panjangnya ialah 40 kilometer dan laluannya ialah di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur . —Sarawakvoice