Monday, November 28, 2022

Lelaki muda cedera di muka dan pinggang kemalangan kendiri

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki berusia 26 tahun mengalami kecederaan pada bahagian muka dan pinggang selepas terlibat dalam satu insiden kemalangan kendiri.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.22 petang tadi di simpang masuk ke kampung tengah sungai, jalan kampung Sejijak.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, sejurus menerima panggilan tersebut, pihaknya terus bertindak menghantar sebuah ambulans EMRS dengan kekuatan tiga anggota yang diketuai oleh Deniel Teo ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati mangsa yang terlibat dalam kemalangan kendiri telah mengalami kecederaan pada bahagian muka dan pinggang.

“Bagaimanapun, mangsa telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Keadaan mangsa kini, dilaporkan stabil oleh petugas ambulans EMRS,”ujarnya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru