KUCHING: Akibat meragut seorang wanita, seorang lelaki menerima hukum karmanya apabila dibelasah orang ramai di Jalan Astana di sini petang tadi.

Insiden berkenaan dipercayai berlaku sekitar jam 3 petang.

Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dikatakan telah meragut beg tangan milik seorang wanita berhampiran kawasan rumah kedai di Jalan Astana.

Namun tindakannya itu disedari orang ramai yang berada di kawasan berdekatan sebelum mengejarnya.

Lelaki itu kemudian berjaya ditangkap sebelum dibelasah menyebabkannya mengalami kecederaan di bahagian muka.

Malah video peragut “ditigak” di bahagian muka oleh seorang lelaki turut dikongsi di media sosial.

Dalam video berdurasi 13 saat itu menyaksi suspek sedang duduk sambil dikelilingi orang awam sebelum seorang lelaki berbaju kemeja menyepak mukanya sehingga terbaring.

Setakat ini, suspek telah diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. –Sarawakvoice