Sunday, November 27, 2022

[KEMASKINI] Kemalangan di Sri Aman ragut nyawa seorang lelaki

Secara Rawak

SRI AMAN : Kemalangan yang berlaku di simpang Batu Lintang Sri Aman telah meragut nyawa seorang mangsa lelaki.

Kemalangan tersebut melibatkan dua kenderaan iaitu Mitsubishi Triton dan Proton Waja yang bertembung dari arah bertentangan.

Komander Operasi, William Baheng dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 1.40 petang tadi.

“Sejurus menerima panggilan, pihak kami terus bertindak menghantar sebuah FRT dan EMRS termasuk Hilux dengan kekuatan 11 anggota diketuai oleh Jilin Itar.

“Turut membantu ialah pegawai polis, pegawai perubatan dan anggota angkatan pertahanan awam.

“Kenderaan Proton Waja yang dinaiki empat lelaki termasuk pemandu yang menghala dari Betong-Sri Aman telah remuk mengakibatkan seorang mangsa dari bahagian penumpang hadapan tersepit dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan dari Hospital Sri Aman,”jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, pihak bomba menggunakan peralatan “rescue tool” bagi mengeluarkan mangsa dan mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala, tiga lagi mangsa yang lain termasuk dua lelaki dari kenderaan Mitsubishi Triton telah mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Sri Aman dengan menggunakan ambulans EMRS dan APM.

“Operasi tamat pada jam 3.30 petang tadi,”tambahnya.

Identiti mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Patrick Tumba Migik, 73 tahun yang juga merupakan pemandu Proton Waja.

Manakala, seorang lagi mangsa yang tersepit di tempat duduk hadapan, Alexander Jantom, 92 tahun maut semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sri Aman.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru