BEIJING: Bersempena 2019, Presiden China Xi Jinping mengarah Tentera Pembebasan China (PLA) bersiap sedia mendepani sebarang kemungkinan ketika China terdedah pelbagai risiko.

South China Morning Post melaporkan Jinping selaku pengerusi semasa bermesyuarat bersama pegawai kanan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC), meminta semua unit tentera memahami perkembangan isu keselamatan semasa.

Penganalisis di Shanghai merespons peringatan tersebut sebagai “isyarat berprofil tinggi” ditujukan kepada pihak yang cuba menggangu usaha China bersatu dengan Taiwan.

Manakala, mantan kolonel PLA Yue Gang, melihat kenyataan Jinping sebagai tindak balas kepada pertelingkahan China-AS.

Jinping mahu pasukan pertahanannya meningkatkan tahap siap siaga menghadapi sebarang pertempuran luar jangkaan.

Biasanya peringatan tersebut berkaitan dengan latihan ketenteraan PLA dalam usaha siap siaga mereka ke atas keselamatan China.

Xi Jinping mengingatkan, siap siaga dalam pertempuran penting memastikan respons efisien dapat dilakukan pada saat genting.

Xi Jinping konsisten menggalakkan PLA mempertingkat tahap siap siaga mereka selepas mengambil alih jawatan Presiden dan Pengerusi CMC. –Sarawakvoice

Foto: SINDOnews