KUCHING: Tiga puluh lapan saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Mabuk yang dijalankan oleh  Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan pada awal pagi semalam.

Operasi itu diadakan selama empat jam dan berakhir pada 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata, sebanyak 118 kenderaan diperiksa diperiksa dalam operasi yang berakhir pada 3.30 pagi.

Katanya dalam satu kenyataan, pihaknya menahan dua pemandu untuk siasatan lanjut kerana memandu di bawah pengaruh alkohol selepas ujian alat penganalisis nafas dilakukan.

“Memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol bukan saja membahayakan diri sendiri, malahan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Ujar Aidil, operasi itu bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ke tahap minimum.

Katanya, antara kesalahan yang dilakukan pemandu dalam operasi itu ialah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan mengubah suai kenderaan. — Sarawakvoice