KUCHING: Projek Jambatan Batang Lupar dan Jambatan Rambungan kini dalam proses tender terbuka di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri.

Akan diteruskan dengan menggunakan dana daripada kerajaan negeri demi pembangunan rakyat Sarawak.

Bercakap selepas majlis perasmian Fiesta Samariang di Pangkalan Kampung Lintang di Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang berkata, Kerajaan Negeri mengeluarkan dana sendiri meneruskan pembinaan jabatan berkenaan.

Beliau menjelaskan, projek berkenaan yang diluaskan Putrajaya bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah ditarik balik oleh Kerajaan Persekutuan bawah Pakatan Harapan (PH).

“Untuk rakyat, Sarawak akan meneruskan projek pembinaan jambatan ini menggunakan dana (yang) kita ada,” ujar Abang Johari.

Beliau memberitahu Kerajaan Sarawak memperoleh dana tambahan hasil pelaksanaan cukai minyak dan gas ke atas Petronas bertujuan melaksanakan projek pembangunan untuk rakyat dan negeri.

Justeru, menurut Abang Johari beliau melihat penubuhan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai saluran politik yang tepat dan mampu mempertahankan hak Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. –Sarawakvoice