Monday, June 27, 2022

Apa kaitan pinjaman Kerajaan Sarawak dan agihan hasil cukai pelancongan? Karim tanya Guan Eng

Secara Rawak

KUCHING: Isu tunggakan pinjaman Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan tiada kaitan dengan pengagihan hasil cukai pelancongan.

Itu penegasan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata demikian ketika membidas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tentang tuntutan agar Sarawak membayar balik pinjaman persekutuan berjumlah RM2.7 bilion.

Abdul Karim berkata menteri kerajaan pusat itu tidak seharusnya mempolitikan isu cukai pelancongan yang sepatutnua diagihkan kepada Sarawak.

Guan Eng kata Abdul Karim sepatutnya memperbaiki ekonomi Malaysia termasuk Sarawak, bukan bermain politik dengan soal isu cukai pelancongan Sarawak.

Malah Abdul Karim turut mempersoalkan kenapa perlu Guan Eng meminta Sarawak membayar balik pinjaman tertunggak kepada kerajaan persekutuan dalam keadaan emosi.

Perkara itu jelasnya tiada kaitan dengan perkara cukai pelancongan.

“Beliau (Guan Eng) harus jadi seorang yang profesional dalam menangani isu berkenaan.

“Pinjaman Sarawak atau hutang yang dikenakan daripada kerajaan persekutuan mempunyai syarat pembayaran balik tersendiri,” katanya.

Malah perkara itu telah dimaklumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebelum ini bagi mengulas perkara sama yang diutarakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas lanjut Abdul Karim mendedahkan kerajaan persekutuan masih belum membayar hasil kutipan cukai pelancongan Sarawak.

Bagaimanapun, Guan Eng katanya telah menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kenyataan Abdul Karim adalah fitnah. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru