Monday, November 28, 2022

Tebingan sungai sepanjang 1 km dari Kpg Sg Bedil hingga Kpg Tanjong akan dibina

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Negeri akan meneruskan perancangan membina tebingan sungai dari Kampung Sungai Bedil hingga Kampung Tanjong.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan tebingan sungai hampir satu kilometer itu akan menggunakan dana kerajaan Sarawak.

Menurutnya, tender untuk projek akan dikeluarkan tahun ini dan selepas selesai projek terus dilaksanakan.

Ujarnya, pembangunan tersebut adalah untuk menyeimbangkan keindahan kawasan tepi Sungai Sarawak seperti di Tebingan Kuching.

Jelasnya, projek itu akan merangkumi tempat riadah untuk joging dan memperindahkan kawasan setempat tanpa menjejaskan rumah sedia ada.

“Kawasan tebingan itu akan ditembok bagi membina tambak lebih kurang 10 kaki sebelum proses pembinaan dilaksanakan.

“Yang penting projek pembinaan tebingan sungai ini tidak akan menjejaskan rumah kediaman di sekitarnya,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Fiesta Samariang di Kalan Kampung Lintang hari ini.

Tambahnya, pembangunan seimbang antara pusat bandar dan kampung di sekitar amat diperlukan bagi meningkatkan keindahan kawasan yang menjadi lokasi kunjungan pelancong. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru