SIBU: Menteri Muda Kesihatan Awam Negeri Sarawak, Dr Annuar Rapaee berkata program mengenai kesihatan akan dilancarkan tidak lama lagi .

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, ” program yang diberi nama ‘Nangka We Care’ ini akan dibuka untuk semua orang dan akan dilakukan di tempat umum.

Jelas Annuar di catatan Facebooknya, “Nangka We Care adalah satu program yang akan dilancarkan tidak lama lagi dan dikendalikan oleh sukarelawan perubatan untuk memberi kursus dan latihan Basic Cardiopulmonary Resuscitation(CPR) kepada masyarakat umum. ”

“Kemahiran CPR dapat menyelamat nyawa orang yang anda kasihi terutamanya jika berlaku serangan jantung,” tambahnya.

Ujar Annuar, “Nangka We Care juga berhajat untk mensasarkan membuat saringan kepada masyarakat untuk risiko Penyakit Jantung Koronari atau serangan jantung.” –Sarawakvoice