KUCHING: Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah mencadangkan kerajaan membina sebuah lagi pusat pemulihan dan rawatan (CCRC) di utara Sarawak.

Sarawak setakat ini mempunyai sebuah CCRC di Kuching yang hanya mampu memuatkan 150 penghuni.

Bercakap pada sidang media sempena lawatan kerja di tapak projek CCRC dan Klinik Pemulihan serta Rawatan Kuching di Jalan Puncak Borneo, Zulkifli berharap kerajaan dapat mempertimbang membina pusat berkenaan di utara Sarawak.

Zulkifli memberitahu pihaknya turut meneliti alternatif lain itu iaitu cadangan mengambil alih kemudahan kerajaan untuk dijadikan pusat pemulihan antaranya bekas Penjara Limbang.

Menurut Zulkifli cadangan tersebut praktikal kerana kos tinggi diperlukan ketika ini untuk menangani penagih di kawasan utara untuk di bawa ke Semenanjung atau Kuching. –Sarawakvoice

Foto: Bernama