Monday, November 28, 2022

Tiga cedera selepas van dinaiki langgar lori di Mukah

Secara Rawak

MUKAH: Tiga cedera selepas van yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori di Jalan Mukah-Selangau padi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 8.08 pagi tadi dan terus bertindak menghantar sebuah FRT dan ambulans EMRS dengan kekuatan dua anggota yang diketuai oleh Abu Hadi ke lokasi kejadian.

“Kemalangan tersebut melibatkan van jenis Ford yang dipandu seorang lelaki bersama dua penumpang telah melanggar bahagian belakang sebuah lori yang membawa muatan arang lalu terbabas ke tepi jalan.

“Kedua-dua penumpang telah dihantar ke hospital Mukah oleh orang awam manakala pemandu yang berusia 35 tahun tersepit dibahagian kaki telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba.

“Pemandu berkenaan telah pun dihantar ke hospital Mukah bagi mendapat rawatan selanjutnya,”jelasnya.

Operasi tamat pada jam 9.08 pagi tadi. —Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru