Sunday, November 27, 2022

Pil estacy, dadah: Lelaki berusia 22 tahun ditahan di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki berusia 22 tahun telah ditahan di rumahnya, Taman Sin Hai Min pada jam 4.30 petang semalam.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superintendan Sahar Abdul Latif.

Katanya, bertindak atas maklumat dan risikan yang telah dijalankan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan di sebuah rumah di Jalan Stutong.

“Hasil pemeriksaan yang telah dilakukan di dalam rumah tersebut menjumpai satu paket plastik berisi enam biji pil estacy seberat 2.84 gram, satu paket hablur kristal disyaki dadah jenis ketamine seberat 2.25 gram dan satu paket campuran serbuk jus buah-buahan dan serbuk estacy seberat 18.80 gram.

“Siasatan lanjut terhadap suspek mendapati terdapat sebuah lagi apartmen di Jalan Tawi Sli yang turut menyimpan barangan seperti serbuk estacy seberat 202.70 gram, dadah jenis ketamine seberat 6.47 gram dan 15 biji pil estacy seberat 6.47 gram,”jelasnya.

Turut dirampas satu alat timbang digital, kad sentuh sebuah hotel dan sealer.

Menurut suspek, aktiviti pengedaran bermula pada bulan Mac tahun 2017 di pusat-pusat hiburan sekitar Kuching.

“Saringan awal air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Bahaya 1952, Seksyen 39A (1) Akta Dadah Bahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Bahaya 1952,”ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Suspek kini dalam proses permohonan reman dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati,”tambahnya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru