SIBU: Masyarakat tempatan yang menetap di Sibu atau sekitar Sibu dijemput untuk meriahkan hari terakhir Festival Makanan Sibu esok.

Festival yang bermula pada 15 Disember dan berakhir pada esok 5 Januari berlangsung di Dataran Tuanku Haji Bujang Fasa 2.

Festival Makanan ini anjuran Persatuan Penjaja Bahagian Sibu ini bermula pada jam 5 petang dan berakhir pada jam 11 malam.

Tujuan program ini dilaksanakan ialah untuk mempromosikan makanan penjaja dan membantu untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama peniaga.

Tambahan lagi, program ini dianjurkan bagi menjadikan Sibu sebagai syurga makanan disebabkan keunikan kaum yang menetap di bahagian tengah Sarawak itu.

Festival Makanan ini unik pada tahun ini, kerana dilangsungkan ketika musim cuti persekolahan sekaligus menambahkan keceriaan semasa pesta ini dilangsungkan.

Cuti Hari Natal dan Tahun Baharu 2019 juga menjadi salah faktor tarikan untuk pengunjung untuk berkunjung ke Festival Makanan Sibu ini kerana ini akan menjadi lokasi keluarga untuk meluangkan masa sesama mereka.

Bagi sesiapa yang belum berkunjung ke Festival Makanan Sibu, adalah dijemput bagi memeriahkan hari terakhir pesta ini esok. –Sarawakvoice