Sunday, November 27, 2022

Baru tiga hari bersekolah, ibu jari sudah tersepit di lubang kerusi

Secara Rawak

SERIAN: Baru sahaja tiga hari mula bersekolah ibu jari seorang kanak-kanak lelaki telah tersepit pada lubang kerusi plastik.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 9.14 pagi tadi.

“Ianya berlaku di Tadika Kemas Kampung Taee yang mana ibu jari kanak-kanak berusia 6 tahun tersebut tidak dapat dikeluarkan pada lubang kerusi plastik.

“Pihak bomba kemudiannya bertindak menggunakan SOS Rescue Tools dan mengambil masa 10 minit bagi mengeluarkan ibu jari kanak-kanak tersebut,”jelasnya.

Bagaimanapun, tambahnya, tiada berlaku kecederaan pada jari kanak-kanak tersebut dan operasi ditamatkan pada jam 9.58 pagi tadi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru