Tuesday, June 28, 2022

Baru Bian hanya peralat isu PMPG demi survival politik

Secara Rawak

KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sarawak, Baru Bian bertegas bahawa beliau tidak berpuas hati dengan pindaan Kanun Tanah Sarawak yang melibatkan Pemakai Menoa Pulau Galau pada Jun lalu.

Menurut Menteri Kerja Raya ini, pindaan itu hanya “setengah masak”, tidak menyeluruh.

“Ia hanya melibatkan 1,000 hektar tanah walhal kita mahu lebih dari itu.

“Saya malah telah memenangi di mahkamah lebih 5,000 hektar tanah milik orang asal,” katanya dalam satu wawancara di televisyen baru-baru ini.

Kerana itu katanya, beliau berazam mahu menukar dasar sedia ada, dan untuk melaksanakannya, Kerajaan Negeri yang kini memerintah perlu ditumbang dan ditukarkan.

Kenyataan ini bagaimanapun menjelaskan niat sebenar Baru Bian.

“Beliau mahu isu ini dipolitikkan dan membangkitkan sentimen perkauman dalam kalangan rakyat Sarawak,” kata pemerhati politik, Abang Abdul Aziz Abang Rauf.

Menurutnya, Kanun Tanah Sarawak telah melalui proses perbincangan yang panjang, dan semua wakil ‘orang asal’ di negeri ini telah duduk bersama dan berbincang.

Akhirnya, resolusi yang dicapai ialah pindaan pada Jun lalu, yang turut mengambil kira proses pengurusan dan pentadbiran tanah secara moden, telus dan sistematik.

“Kalau kita kembali kepada kaedah lama dan kuno, ia adalah sesuatu yang tidak sesekali sesuai.

Kata Abang Abdul Aziz lagi, tindakan Baru Bian membangkitkan isu itu juga dilihat berunsur politik berikutan kegagalan beliau mempertahankan projek-projek rakyat, yang diluluskan di Sarawak.

“Projek-projek ini seharusnya dapat mengubah taraf hidup rakyat secara menyeluruh dan tanpa mengira bangsa serta agama, tetapi dinafikan atas alasan kewangan.

“Walhal ia sebenarnya kerana projek itu diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada Adun dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (kini Gabungan Parti Sarawak).

“Kenyataan mereka flip-flop dan tidak konsisten, serta penuh pusingan u.

Tegasnya lagi, usahlah Pemakai Menoa Pulau Galau ini dikeruhkan lagi, kerana bila keadaan menjadi keruh, kerajaan bertukar pun, rakyat pasti tidak akan seharmoni sekarang dan sengketa kaum akan berlaku.

“Usah usik isu-isu seperti ini dan berpolitik secara ‘gentlemen’.

“Saya percaya, seperti Kerajaan Pakatan Harapan di peringkat persekutuan, mereka tidak akan melakukan apa-apa berkaitan Pemakai Menoa Pulau Galau jika menang di negeri Sarawak, kerana isu ini hanya sedap dibahas dan dijadikan bahan gaduh, tetapi amat perit dilaksanakan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru