Monday, June 27, 2022

Tiada lagi kes kepala murid lekat pada kerusi, pagar, 38,832 murid memasuki alam persekolahan di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sejumlah 236,671 murid sekolah rendah di negeri ini memulakan sesi persekolahan mereka semalam, dengan 38,832 merupakan murid Tahun 1.

Mereka menjadi keluarga kepada 1,265 sekolah rendah di seluruh Sarawak manakala 187,579 pelajar berada di sekolah menengah, termasuk 42, 689 di tingkatan satu.

Menurut sumber Jabatan Pendidikan Negeri, semua proses pendaftaran dan pembelajaran berlangsung lancar tanpa insiden yang tidak diingini.

“Malah agak berkurangan dari aspek anak-anak yang menangis, lari, takut dan sebagainya.

“Ia kesan pendedahan awal di peringkat prasekolah,” katanya kepada sarawakvoice.com.

Gambar hiasan

Menjelas lanjut, sumber tersebut turut gembira kerana amat berkurangan tularan ‘kes-kes istimewa’ di seluruh negara, termasuk kemalangan akibat kenakalan kanak-kanak ini.

“Tiada lagi kepala lekat di kerusi, pagar seperti yang ditular pada tahn-tahun lalu.

Sementara itu, jabatan tersebut melaporkan sebanyak 1,497 kelas prasekolah telah diwujudkan di 1,514 institusi pendidikan di seluruh negeri.

Kelas-kelas prasekolah ini merangkumi 1,317 buah kelas di Sekolah
Kebangsaan (SK) termasuk empat buah di rumah panjang, 163 buah kelas di Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK), dua buah kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan empat kelas di Institusi Pendidikan Guru (IPG).

Sebanyak tujuh kelas diwujudkan di Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK) dan empat buah kelas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK).

Keseluruhan jumlah kanak-kanak yang telah lulus untuk memulakan alam
persekolahan di prasekolah ialah 22,602 orang, tidak termasuk pendaftaran lewat. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru