Monday, November 28, 2022

Empat rumah teres di Kapit terbakar tengah malam tadi

Secara Rawak

KAPIT: Empat buah rumah teres dua tingkat terbakar tengah malam tadi di Kampung Meratai 1, Jalan Selirik Kapit.

Komander Operasi, Erwandy Tugor dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapit berkata, kebakaran melibatkan rumah jenis separuh kekal yang mana rumah pertama dan kedua terbakar 100 peratus.

“Manakala, rumah ketiga terbakar 80 peratus dan rumah keempat terbakar 70 peratus.

“Turut musnah dalam kebakaran tersebut ialah sebuah motosikal dan kenderaan yang terbakar 100 peratus,”ujarnya.

Hadir ke lokasi ialah sebuah FRT dan ambulans EMRS serta Perodua Kembara dengan kekuatan 12 anggota yang diketuai oleh Perita Jepai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapit.

“Turut membantu dua anggota polis dan dua kakitangan sesco.

“Pihak bomba bertindak membuat penyelamatan dan pemadaman menggunakan sumber air yang diperolehi dari tangki jentera,”katanya.

Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.55 pagi tadi.

“Tiada kemalangan jiwa yang berlaku namun punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

“Operasi tamat pada jam 4.00 pagi,”jelasnya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru